9: AHWAL MENENTUKAN AMAL.
BERBAGAI-BAGAI JENIS AMAL ADALAH KERANA BERBAGAI-BAGAI AHWAL (HAL-HAL)
Hikmat 9 di atas
ringkas tetapi padat. Hikmat ini merupakan lanjutan kepada Hikmat 8 yang
dihuraikan sebelum ini. Hikmat yang ke lapan menjelaskan setakat perhentian di
hadapan pintu gerbang dan belum menyentuh makrifat.
Hikmat ke sembilan
ini memberi gambaran tentang makrifat tetapi tidak dikatakan makrifat dan tidak
dihuraikan secara terus terang sebaliknya diperkatakan sebagai ahwal. Ahwal adalah jamak bagi perkataan hal.
Hikmat ini membawa erti hal membentuk keadaan amal. Amal adalah perbuatan atau
kelakuan lahiriah dan hal adalah suasana atau kelakuan hati. Amal berkaitan
dengan lahiriah manakala hal berkaitan dengan batiniah. Oleh kerana hati
menguasai sekalian anggota maka kelakuan hati iaitu hal menentukan bentuk amal
iaitu perbuatan lahiriah.
Dalam pandangan
tasauf, hal diertikan sebagai
pengalaman rohani dalam proses mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang berkaitan
dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah (pengenalan tentang
Allah s.w.t). Oleh itu, tanpa hal
tidak ada hakikat dan tidak diperolehi makrifat. Ahli ilmu membina
makrifat melalui dalil ilmiah tetapi ahli tasauf bermakrifat melalui
pengalaman tentang hakikat.
Sebelum memperolehi
pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih dahulu memperolehi kasyaf iaitu
terbuka keghaiban kepadanya. Ada orang mencari kasyaf yang dapat melihat
makhluk ghaib seperti jin. Dalam proses mencapai hakikat ketuhanan kasyaf
yang demikian tidak penting. Kasyaf yang
penting adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang bersembunyi dalam
berbagai-bagai bentuk dan suasana dunia ini.
Kasyaf yang
menerima hakikat sesuatu, walau apa jua rupa yang dihadapi, penting bagi
pengembara kerohanian. Rasulullah s.a.w sendiri sebagai ahli kasyaf yang paling
unggul hanya melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli dua kali sahaja,
walaupun pada setiap kali Jibrail a.s menemui Rasulullah s.a.w dengan rupa yang
berbeza-beza, Rasulullah s.a.w tetap mengenalinya sebagai Jibrail a.s.
Kasyaf yang seperti inilah yang diperlukan agar seseorang itu tidak
tertipu dengan tipu daya syaitan yang menjelma dalam berbagai-bagai rupa yang
hebat dan menawan sekalipun, seperti rupa seorang yang kelihatan alim dan
warak.
Bila seseorang ahli
kerohanian memperolehi kasyaf maka dia telah bersedia untuk menerima kedatangan
hal atau zauk iaitu pengalaman kerohanian tentang hakikat ketuhanan.
Hal tidak mungkin diperolehi dengan beramal dan menuntut
ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan untuk
masuk ke dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut
ilmu untuk sampai hampir dengan pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ
seseorang hanya menanti kurniaan Allah s.w.t, semata-mata kurniaan Allah s.w.t
yang membawa makrifat kepada hamba-hamba-Nya. Kurniaan Allah s.w.t yang mengandungi makrifat itu dinamakan hal.
Allah s.w.t
memancarkan Nur-Nya ke dalam hati hamba-Nya dan akibat dari pancaran itu hati
akan mendapat sesuatu pengalaman atau terbentuk satu suasana di dalam hati.
Misalnya, pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal bahawa Allah Maha
Perkasa. Apa yang terbentuk di dalam hati itu tidak dapat digambarkan tetapi
kesannya dapat dilihat pada tubuhnya yang menggigil hingga dia jatuh pengsan. Pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami
hal atau zauk atau merasai keperkasaan Allah s.w.t dan pengalaman ini dinamakan
hakikat, iaitu hati mengalami hakikat keperkasaan Allah s.w.t.
Pengalaman hati
tersebut membuatnya berpengetahuan tentang maksud Allah Maha Perkasa. Jadi, pengalaman
yang diperolehi daripada zauk hakikat melahirkan pengetahuan tentang Tuhan. Pengetahuan itu dinamakan makrifat.
Orang yang berkenaan dikatakan bermakrifat terhadap keperkasaan Allah s.w.t.
Oleh itu untuk mencapai makrifat seseorang itu haruslah mengalami hakikat. Inilah jenis makrifat yang tertinggi.
Makrifat tanpa pengalaman hati adalah makrifat secara ilmu. Makrifat secara
ilmu boleh didapati dengan belajar, sementara
secara zauk didapati tanpa belajar. Ahli tasauf tidak berhenti setakat
makrifat secara ilmu malah mereka mempersiapkan hati mereka agar sesuai
menerima kedatangan makrifat secara zauk.
Ada orang yang
memperolehi hal sekali sahaja dan dikuasai oleh hal dalam tempuh yang tertentu
sahaja dan ada juga yang berkekalan di dalam hal. Hal yang berterusan atau berkekalan dinamakan wisal iaitu penyerapan
hal secara berterusan, kekal atau baqa. Orang yang mencapai wisal akan
terus hidup dengan cara hal yang berkenaan. Hal-hal (ahwal) dan wisal boleh
dibahagikan kepada lima jenis:
1.
Abid:
Abid adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk melakukan sesuatu.
Abid adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk melakukan sesuatu.
Kekuatan,
keupayaan, bakat-bakat dan apa sahaja yang ada dengannya adalah daya dan
upaya yang daripada Allah s.w.t. Semuanya itu adalah kurniaan-Nya semata-mata.
Allah s.w.t sebagai Pemilik yang sebenar, apabila Dia memberi, maka Dia berhak
mengambil kembali pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.
Seorang abid
benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t hinggakan sekiranya dia melepaskan
sandaran itu dia akan jatuh, tidak bermaya, tidak boleh bergerak, kerana dia
benar-benar melihat dirinya kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t.
Hal atau
suasana yang menguasai hati abid itu akan melahirkan amal atau kelakuan
sangat kuat beribadat, tidak memperdulikan dunia dan isinya, tidak mengambil
bahagian dalam urusan orang lain, sangat takut berjauhan dari Allah s.w.t dan
gemar bersendirian. Dia merasakan apa sahaja yang selain Allah s.w.t akan
menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.
2.
Asyikin:
Asyikin ialah orang yang mendapat asyik dengan sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa, bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa sahaja yang dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah s.w.t di dalamnya.
Asyikin ialah orang yang mendapat asyik dengan sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa, bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa sahaja yang dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah s.w.t di dalamnya.
Amal atau kelakuan
asyikin ialah gemar merenung alam maya dan memuji Keindahan Allah s.w.t pada
apa yang disaksikannya. Dia boleh duduk menikmati keindahan alam beberapa jam
tanpa berasa jemu. Kilauan ombak dan titikan hujan memukau pandangan hatinya.
Semua yang kelihatan adalah warna Keindahan dan Keelokan Allah s.w.t.
Orang yang menjadi
asyikin tidak memperdulikan lagi adab dan peraturan masyarakat. Kesedarannya
bukan lagi pada alam ini. Dia mempunyai alamnya sendiri yang di dalamnya
hanyalah Keindahan Allah s.w.t.
3.
Muttakhaliq:
Muttakhaliq adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya. Hatinya dikuasai oleh suasana Qurbi Faraidh atau Qurbi Nawafil.
Muttakhaliq adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya. Hatinya dikuasai oleh suasana Qurbi Faraidh atau Qurbi Nawafil.
Dalam Qurbi Faraidh, muttakhaliq merasakan
dirinya adalah alat dan Allah s.w.t menjadi Pengguna alat. Dia melihat
perbuatan atau kelakuan dirinya terjadi tanpa dia merancang dan campur tangan,
bahkan dia tidak mampu mengubah apa yang mahu terjadi pada kelakuan dan
perbuatannya. Dia menjadi orang yang berpisah daripada dirinya sendiri. Dia
melihat dirinya melakukan sesuatu perbuatan seperti dia melihat orang
lain yang melakukannya, yang dia tidak berdaya mengawal atau mempengaruhinya.
Hal Qurbi Faraidh
adalah dia melihat bahawa Allah s.w.t melakukan apa yang Dia kehendaki.
Perbuatan dia sendiri adalah gerakan Allah s.w.t, dan diamnya juga adalah
gerakan Allah s.w.t. Orang ini tidak mempunyai kehendak sendiri, tidak ada
ikhtiar dan tadbir. Apa yang mengenai dirinya, seperti perkataan dan perbuatan,
berlaku secara spontan.
Kelakuan atau amal
Qurbi Faraidh ialah bercampur-campur di antara logik dengan tidak logik,
mengikut adat dengan merombak adat, kelakuan alim dengan jahil. Dalam banyak
perkara penjelasan yang boleh diberikannya ialah, “Tidak tahu! Allah s.w.t
berbuat apa yang Dia kehendaki”.
Dalam suasana Qurbi Nawafil pula muttakhaliq melihat
dengan mata hatinya sifat-sifat Allah s.w.t yang menguasai bakat dan keupayaan
pada sekalian anggotanya dan dia menjadi pelaku atau pengguna sifat-sifat
tersebut, iaitu dia menjadi khalifah dirinya sendiri. Hal Qurbi Nawafil
ialah berbuat dengan izin Allah s.w.t kerana Allah s.w.t mengurniakan kepadanya
kebolehan untuk berbuat sesuatu.
Contoh Qurbi
Nawafil adalah kelakuan Nabi Isa a.s yang membentuk rupa burung dari tanah liat
lalu menyuruh burung itu terbang dengan izin Allah s.w.t, juga kelakuan beliau
a.s menyeru orang mati supaya bangkit dari kuburnya. Nabi Isa a.s melihat
sifat-sifat Allah s.w.t yang diizinkan menjadi bakat dan keupayaan beliau a.s,
sebab itu beliau a.s tidak ragu-ragu untuk menggunakan bakat tersebut
menjadikan burung dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah s.w.t.
4.
Muwahhid:
Muwahhid fana dalam zat, zatnya lenyap dan Zat Mutlak yang menguasainya. Hal bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Allah s.w.t. Orang ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan sekalian maujud.
Muwahhid fana dalam zat, zatnya lenyap dan Zat Mutlak yang menguasainya. Hal bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Allah s.w.t. Orang ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan sekalian maujud.
Kelakuan atau
amalnya tidak lagi seperti manusia biasa kerana dia telah terlepas dari
sifat-sifat kemanusiaan dan kemakhlukan. Misalkan dia bernama Abdullah, dan
jika ditanya kepadanya di manakah Abdullah, maka dia akan menjawab Abdullah
tidak ada, yang ada hanyalah Allah! Dia benar-benar telah lenyap dari
ke‘Abdullah-an’ dan benar-benar dikuasai oleh ke‘Allah-an’.
Ketika dia dikuasai
oleh hal dia terlepas daripada beban hukum syarak. Dia mungkin melaungkan,
“Akulah Allah! Maha Suci Aku! Sembahlah Aku!”
Dia telah fana dari
‘aku’ dirinya dan dikuasai oleh kewujudan ‘Aku Hakiki’. Walau bagaimana pun
sikap dan kelakuannya dia tetap dalam keredaan Allah s.w.t.
Apabila dia tidak
dikuasai oleh hal, kesedarannya kembali dan dia menjadi ahli syariat yang taat.
Perlu diketahui bahawa hal tidak boleh dibuat-buat dan orang yang dikuasai oleh
hal tidak berupaya menahannya.
Ahli hal karam dalam lakuan Allah s.w.t. Bila
dia melaungkan , “Akulah Allah!” bukan bermakna dia mengaku telah menjadi
Tuhan, tetapi dirinya telah fana, apa yang terucap melalui lidahnya sebenarnya
adalah dari Allah s.w.t.
Allah s.w.t yang mengatakan Dia adalah
Tuhan dengan menggunakan lidah muwahhid yang sedang fana itu.
Berbeza pula
golongan mulhid. Si mulhid tidak dikuasai oleh hal, tidak ada zauk, tetapi
berkelakuan dan bercakap seperti orang yang di dalam zauk. Orang ini dikuasai
oleh ilmu tentang hakikat bukan mengalami hakikat secara zauk. Si mulhid
membuang syariat serta beriman berdasarkan ilmu semata-mata. Dia berpuas hati
bercakap tentang iman dan tauhid tanpa beramal menurut tuntutan syariat.
Orang
ini bercakap sebagai Tuhan sedangkan dia di dalam kesedaran kemanusiaan, masih
gelojoh dengan keinginan hawa nafsu. Orang-orang sufi bersepakat mengatakan
bahawa sesiapa yang mengatakan, “Ana al-Haq!” sedangkan dia masih sedar tentang
dirinya maka orang berkenaan adalah sesat dan kufur!
5.
Mutahaqqiq:
Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam zat turun kembali kepada kesedaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan kehidupan dunia yang wajib diuruskan.
Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam zat turun kembali kepada kesedaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan kehidupan dunia yang wajib diuruskan.
Dalam kesedaran zat
seseorang tidak keluar dari khalwatnya dengan Allah s.w.t dan tidak
peduli tentang keruntuhan rumah tangga dan kehancuran dunia seluruhnya. Sebab
itu orang yang demikian tidak boleh dijadikan pemimpin. Dia mesti turun kepada
kesedaran sifat baharulah dia boleh memimpin orang lain.
Orang yang telah
mengalami kefanaan dalam zat kemudian disedarkan dalam sifat adalah benar-benar
pemimpin yang dilantik oleh Allah s.w.t menjadi Khalifah-Nya untuk memakmurkan
makhluk Allah s.w.t dan memimpin umat manusia menuju jalan yang diredai Allah
s.w.t. Orang inilah yang menjadi ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang
sejati, ahli tarekat yang sejati dan ahli syariat yang sejati,
berkumpul padanya dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani.
Insan Rabbani peringkat tertinggi ialah
para nabi-nabi dan Allah s.w.t kurniakan kepada mereka maksum, sementara yang
tidak menjadi nabi dilantik sebagai wali-Nya yang diberi perlindungan dan
pemeliharaan. Ahwal (hal-hal) yang menguasai hati nurani
berbeza-beza, dengan itu akan mencetuskan kelakuan amal yang berbeza-beza.
.
AlhamduliLLah.
ReplyDelete