93 & 94: HIKMAT PADA PEMBERIAN DAN PENOLAKAN.
ADAKALANYA KAMU MENERIMA PEMBERIAN YANG PADA HAKIKATNYA ADALAH PENOLAKAN
DAN ADA KALANYA KAMU DITOLAK TETAPI PADA HAKIKATNYA KAMU DIBERI.
JIKA DIBUKA KEPADA KAMU PINTU KEFAHAMAN TENTANG PENOLAKAN NESCAYA
BERUBAH PENOLAKAN MENJADI PEMBERIAN.
Sesuatu yang kuat menghalang perjalanan kerohanian
seseorang murid adalah kehendak diri
sendiri. Dia berkehendakkan sesuatu yang menurut hematnya akan membawa
kebaikan kepada dirinya. Kehendak atau hajat keperluannya itu mungkin menyentuh
tentang dunia, akhirat atau hubungan dengan Allah s.w.t.
Jika hajatnya tercapai dia merasakan yang dia menerima kurniaan Allah s.w.t. Jika hajatnya tidak diperkenankan dia akan merasakan dia menerima penolakan Allah s.w.t dan dijauhkan. Orang yang berada pada peringkat ini selalu mengaitkan makbul permintaan atau doa dengan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t mengabulkan permintaannya dia merasakan itu adalah tanda dia hampir dengan-Nya. Jika permintaannya ditolak dia merasakan itu tandanya dia dijauhkan. Anggapan begini sebenarnya tidak tepat.
Jika hajatnya tercapai dia merasakan yang dia menerima kurniaan Allah s.w.t. Jika hajatnya tidak diperkenankan dia akan merasakan dia menerima penolakan Allah s.w.t dan dijauhkan. Orang yang berada pada peringkat ini selalu mengaitkan makbul permintaan atau doa dengan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t mengabulkan permintaannya dia merasakan itu adalah tanda dia hampir dengan-Nya. Jika permintaannya ditolak dia merasakan itu tandanya dia dijauhkan. Anggapan begini sebenarnya tidak tepat.
Tidak semua
penerimaan doa menunjukkan pendekatan dan tidak semua penolakan menunjukkan
dijauhkan. Bagi orang yang masih dalam perjalanan ...
- dia tidak seharusnya membesarkan hajat keperluannya.
- dia perlu menghancurkan nafsu dan keinginan
dirinya supaya dia dapat masuk ke dalam suasana berserah diri kepada Allah
s.w.t.
Kehendak dan hajat menghalangnya dari berserah diri kepada Allah s.w.t.
Pemberian yang sesuai dengan hajat dan permintaannya menambahkan kekuatan
halangan tersebut. Keadaan ini menambahkan lagi hijab antaranya dengan Allah
s.w.t. Dalam segi ini, pemberian yang diterimanya walaupun mempunyai manfaat
tetapi sebenarnya merupakan kerugian kerana tertutup jalan menuju Allah s.w.t.
Jadi, pemberian itu merupakan penolakan
yang tidak disedarinya.
Orang yang hajatnya
ditolak akan mengalami keadaan yang berbeza daripada orang yang hajatnya
dimakbulkan. Orang yang mempunyai keinginan terhadap sesuatu mempunyai hubungan
hati dengan apa yang diingini itu. Hatinya cenderung atau kasih kepadanya. Jika
keinginannya sangat kuat dan tidak dapat dikawalnya, dia akan sanggup berkorban
apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya itu.
Jika dia bermohon
kepada Tuhan maka dia akan meminta dengan bersungguh-sungguh. Harapannya bulat
tertuju kepada Allah s.w.t. Sekiranya dia mampu tentu dipaksanya Allah s.w.t
agar memberi apa yang dia hajati itu. Apa
akan terjadi sekiranya Allah s.w.t menolak permintaannya dan membiarkan
harapannya itu musnah? Dia akan menghadapi perpisahan dengan apa yang dia
ingini itu.
Pada mulanya dia
akan merasakan beban yang sangat berat menghimpit jiwanya, tetapi kemudiannya
dia mendapat tenaga untuk bertahan. Dia
dapat bersabar menghadapi penolakan tersebut. Akhirnya dia berputus asa
terhadap apa yang pernah diingininya. Dia menjadi reda dengan penolakan yang
diterimanya. Bila dia reda dengan lakuan Allah s.w.t, dia akan dibawa
kepada keredaan Allah s.w.t. Semua orang mahukan keredaan Allah s.w.t, tetapi
sedikit sekali yang reda dengan Allah s.w.t.
Bagaimana kita boleh memperolehi keredaan-Nya jika kita tidak reda dengan lakuan-Nya? Hamba yang menerima penolakan Allah s.w.t, kemudian dibawa kepada reda dengan lakuan-Nya, dibayar dengan keredaan-Nya. Bukankah ini jauh lebih baik dari apa yang dia inginkan dahulu?
Bagaimana kita boleh memperolehi keredaan-Nya jika kita tidak reda dengan lakuan-Nya? Hamba yang menerima penolakan Allah s.w.t, kemudian dibawa kepada reda dengan lakuan-Nya, dibayar dengan keredaan-Nya. Bukankah ini jauh lebih baik dari apa yang dia inginkan dahulu?
* notes by penyusun:
Keinginan yg kuat -->
harapan bulat kpd Allah wish rejected beban berat --> tenaga
bertahan --> sabar --> lupa dah
apa yg pernah diingini tadi --> rela & boleh accept rejected wish
---> keredhaan Allah.
Jadi, penolakan
yang pada mulanya dirasakan pahit sebenarnya merupakan kurniaan yang sangat
besar.
Seseorang yang telah mencapai darjat yang tinggi dalam bidang kerohanian
akan selalu ditolak permintaannya, sehingga dia benar-benar memperolehi
keteguhan. Penolakan itu adalah sebagai mendidik rohaninya agar terus
tegak dalam ‘ubudiyah yang kuat, tidak menjadi terlalu yakin dengan diri
sendiri yang boleh menyebabkan kurang pergantungan kepada Allah s.w.t. Penolakan
membuatnya mengerti betapa lemahnya dirinya dan betapa dia berhajat kepada
Allah s.w.t. Allah s.w.t memperkenalkan bahawa Dia yang terkaya dari sekalian
makhluk dan sekalian makhluk tidak lepas dari bergantung kepada-Nya.
Hamba yang dibuka
pintu pemahaman tentang penolakan tidak berasa cemas atau curiga menghadapi
penolakan tersebut. Sebaliknya dia akan terus berserah diri kepada Allah s.w.t
dan membuang tuntutan memilih.
Dia tahu bahawa
keinginan yang datang ke dalam hatinya adalah ujian Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t
tidak memenuhi hajatnya, dia tahu Allah s.w.t menambahkan beban ujian tersebut.
Allah s.w.t yang mendatangkan ujian maka Dia jua yang mendatangkan kesabaran
kepada hamba-Nya untuk menanggung beban ujian tersebut. Allah s.w.t yang
menolak permintaan hamba-Nya Dia juga yang menjadikan si hamba itu
reda dengan penolakan tersebut. Penolakan mendatangkan dua nikmat kepada
seseorang hamba iaitu nikmat sabar dan reda.
. .
No comments:
Post a Comment