57: PERANAN ZIKIR.
JANGAN MENINGGALKAN DZIKIR LANTARAN ENGKAU BELUM SELALU INGAT KEPADA
ALLAH S.W.T KETIKA BERDZIKIR, SEBAB KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA
TIDAK BERDZIKIR LEBIH BAHAYA DARIPADA KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T
KETIKA KAMU BERDZIKIR.
SEMOGA ALLAH S.W.T MENAIKKAN DARJAT KAMU DARIPADA DZIKIR DENGAN
KELALAIAN KEPADAD ZIKIR YANG DISERTAI INGAT KEPADA ALLAH S.W.T,
DAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T
AKAN MENGANGKAT KAMU DARIPADA DZIKIR YANG BESERTA KEHADIRAN ALLAH S.W.T DI
DALAM HATI KAMU KEPADA ZIKIR DI MANA LENYAPNYA SEGALA SESUATU SELAIN ALLAH
S.W.T. HAL YANG DEMIKIAN ITU TIDAKLAH SUKAR BAGI ALLAH S.W.T.
Empat keadaan yang
berkaitan dengan dzikir:
1.
Tidak berdzikir langsung.
2.
Berdzikir dalam keadaan hati tidak ingat
kepada Allah s.w.t.
3.
Berdzikir dengan disertai rasa kehadiran
Allah s.w.t di dalam hati.
4.
Berdzikir dalam keadaan fana dari
makhluk, lenyap segala sesuatu dari hati, hanya Allah s.w.t sahaja yang ada.
Bukanlah sukar bagi
Allah s.w.t untuk mengubah suasana hati hamba-Nya yang berdzikir dari suasana
yang kurang baik kepada yang lebih baik hingga mencapai yang terbaik.
Kerohanian manusia
berada dalam beberapa darjat, maka suasana dzikir juga berbeza-beza, mengikut
darjat rohaninya.
1) Darjat yang paling rendah adalah si raghib yang telah tenat
dikuasai oleh syaitan dan dunia. Cahaya api syaitan
dan fatamorgana dunia menutup hatinya sehingga dia tidak sedikit pun mengingati
Allah s.w.t. Seruan, peringatan dan ayat-ayat Allah s.w.t tidak melekat pada
hatinya. Inilah golongan Islam yang dijajah oleh sifat munafik. Golongan ini
tidak berdzikir langsung.
2) Golongan kedua berzikir dengan lidah
tetapi hati tidak ikut berdzikir. Lidah menyebut nama Allah s.w.t,
tetapi ingatan tertuju kepada harta, pekerjaan, perempuan, hiburan dan
lain-lain. Inilah golongan orang Islam yang awam. Mereka dinasihatkan supaya jangan meninggalkan dzikir kerana dengan
meninggalkan dzikir mereka akan lebih dihanyutkan oleh kelalaian.. Tanpa dzikir,
syaitan akan lebih mudah memancarkan gambar-gambar tipuan kepada cermin hatinya
dan dunia akan lebih kuat menutupinya.
Dzikir pada
peringkat ini berperanan sebagai ‘juru ingat’. Sebutan lidah
menjadi teman yang mengingatkan hati yang lalai. Lidah dan hati berperanan seperti dua orang yang mempunyai minat yang
berbeza. Seorang enggan mendengar
sebutan nama Allah s.w.t, sementara yang seorang lagi memaksanya mendengar dia
menyebut nama Allah s.w.t. Sahabat yang berdzikir (lidah) mestilah
memaksa bersungguh-sungguh agar temannya (hati) mendengar ucapannya. Di sini
terjadilah peperangan di antara tenaga dzikir dengan tenaga syaitan yang
disokong oleh tenaga dunia yang cuba menghalang tenaga dzikir dari memasuki
hati.
3) Golongan yang ke
tiga pula adalah mereka yang tenaga zikirnya sudah berjaya memecahkan dinding
yang dibina oleh syaitan dan dunia. Ucapan dzikir sudah boleh masuk ke dalam
hati. Tenaga dzikir bertindak menyucikan hati daripada karat-karat yang melekat
padanya. Pada mulanya ucapan dzikir
masuk ke dalam hati sebagai sebutan nama-nama Allah s.w.t. Setelah karat hati
sudah hilang maka sebutan nama-nama Allah s.w.t akan disertai oleh rasa mesra
yang mengandungi kelazatan.
Pada peringkat ini dzikir
tidak lagi dibuat secara paksa. Hati
akan berdzikir tanpa menggunakan lidah. Sebutan nama-nama Allah s.w.t
menghalakan hati kepada Empunya nama-nama, merasai sifat-sifat-Nya sebagaimana
dinamakan.
4).Golongan ke
empat ialah mereka yang telah sepenuhnya dikuasai oleh Haq atau hal ketuhanan.
Mereka sudah keluar dari sempadan alam maujud dan masuk ke dalam hal yang tidak
ada alam, yang ada hanya Allah s.w.t. Tubuh kasar mereka masih berada di atas
muka bumi, bersama-sama makhluk yang lain. Tetapi,
kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk sekaliannya sudah tidak ada, maka
kewujudan sekalian yang maujud tidak sedikit pun mempengaruhi hatinya. Mereka
karam dalam dzikir dan yang didzikirkan. Mereka yang berada pada tahap ini
telah terlepas dari ikatan manusiawi dan seterusnya mencapai penglihatan hakiki
mata hati, sebagaimana yang telah dinyatakan ketika membincang Hikmat 45.
Mereka yang mempunyai penglihatan hakiki mata hati ada dua jenis:
1].Jenis pertama adalah yang mempunyai nama
dan tabir penutup. Hijab nama (asma’) tidak terangkat lalu dia melihat
di dalam hijab. Dia melihat Allah s.w.t pada apa yang menghijabkannya. Dzikirnya
ialah nama yang padanya dia melihat Allah s.w.t.
2].Jenis kedua pula ialah yang berpisah
dengan nama dan hijab, lalu dia melihat Allah s.w.t dan merasakan
ketenangan dengan penglihatan itu. Pada ketika itu tidak sepatah pun ucapan
yang terucap olehnya dan tidak sepatah pun kalam yang terdengar padanya.
Dia melihat nama
itu tidak mempunyai kekuatan hukum apa pun selain-Nya. Bila nama dinafikan
tibalah pada wusul (sampai). Bila tidak terlintas lagi nama tibalah pada
ittisal (perhubungan). Nama yang tidak lagi terlintas disebabkan kuatnya
tarikan dari yang dinamai. Makam ini
dinamakan makam al-Buhut (kehairan-hairanan), kerana dia melihat Allah s.w.t
dalam kehairan-hairanan, tiada ucapan kecuali pandangan. Inilah makam terakhir
di mana semua hati terhenti di situ. Ia adalah tingkatan tertinggi
tentang kecintaan terhadap zat Ilahiat.
Pada tahap ini
Nur-Nya memancar, menyinar, menjulang naik ke lubuk hati. Peringkat ini sudah tiada dzikir dan tiada pula yang berdzikir, hanyalah
memandang bukan berdzikir dan tiada berbalik kembali pandangannya.
Inilah hal yang
dikatakan
* faham dengan tiada huraian pemahamannya dan
* mencapai dengan tiada sesuatu pencapaiannya.
Insan di dalam hal
ini sudah tidak lagi memohon fatwa, tidak memohon perkenan, tidak meminta
pertolongan dan ucapan juga tiada.
Baginya setiap sesuatu
adalah ilmu dan setiap ilmu adalah dzikir. Inilah hamba yang telah benar-benar
berjaya menghimpun semua makam dan martabat. Dia sudah melihat takdir-takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t
menghalau takdir demi takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t mengulangi
takdir-takdir itu dengan berbagai-bagai cara yang dikehendaki-Nya kerana
sesungguhnya Allah s.w.t sahaja yang memulakan penciptaan dan Dia juga yang
mengulanginya.
Penglihatannya
tidak berbolak-balik lagi. Dia melihat Allah s.w.t di hadapan dan di belakang
apa yang dilihatnya dan melihat Allah s.w.t dalam segala yang dilihatnya.
Apabila kerinduan
terhadap Allah s.w.t telah menguasai hati seseorang hingga kepada tahap tiada
ucapan yang boleh diucapkan maka keadaan itu dikatakan melihat Allah s.w.t yang
tiada sesuatu yang menyamai-Nya, sebagaimana firman-Nya:
No comments:
Post a Comment