87: ORANG YANG MENGENAL ALLAH S.W.T.
BUKANLAH ORANG ARIF
ORANG YANG MEMPEROLEHI ISYARAT LALU MERASAKAN ALLAH S.W.T
LEBIH DEKAT DARI ISYARATNYA.
ORANG ARIF ADALAH
ORANG YANG TIDAK MENYEDARI ISYARAT
KERANA FANA DALAM WUJUD ALLAH S.W.T
DAN DILIPUTI OLEH SYUHUD (PENYAKSIAN) KEPADA ALLAH S.W.T.
KERANA FANA DALAM WUJUD ALLAH S.W.T
DAN DILIPUTI OLEH SYUHUD (PENYAKSIAN) KEPADA ALLAH S.W.T.
Hikmat yang lalu
menggambarkan keadaan orang awam yang dihijab oleh cahaya dunia dan syaitan
sehingga mereka tidak jadi untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t.
Hikmat 87 ini pula
menggambarkan keadaan orang yang berjalan pada jalan Allah s.w.t dan sudah pun
mengalami hakikat-hakikat tetapi cahaya hakikat masih menjadi hijab antaranya
dengan Allah s.w.t. Pengalaman tentang hakikat menurut istilah tasauf
dipanggil isyarat tauhid. Isyarat-isyarat tersebut apabila diterima oleh hati
maka hati akan mendapat pengertian tentang Allah s.w.t. Isyarat-isyarat
demikian membuatnya berasa hampir dengan Allah s.w.t. Orang yang berasa hampir
dengan Allah s.w.t tetapi masih melihat kepada isyarat-isyarat tersebut masih
belum mencapai makam arifbillah.
Orang arifbillah
sudah melepasi isyarat-isyarat dan sampai kepada Allah s.w.t yang tidak boleh
diisyaratkan lagi. Makam ini dinamakan fana-fillah atau lebur kewujudan diri
dalam Wujud Mutlak dan penglihatan mata hati tertumpu kepada Allah s.w.t
semata-mata, iaitu dalam keadaan:
Tidak ada nama yang
mampu menceritakan tentang Zat-Nya. Tidak ada sifat yang mampu menggambarkan
tentang Zat-Nya. Tidak ada isyarat yang mampu memperkenalkan Zat-Nya. Itulah
Allah s.w.t yang tidak ada sesuatu apa pun menyerupai-Nya. Maha Suci Allah
s.w.t dari apa yang disifatkan.
Murid yang berjaya
dalam perjalanannya mengalami berbagai-bagai hal. Pengalaman tersebut datang
sebagai isyarat-isyarat yang tiba-tiba sahaja tercetus di dalam hati, dan hati
tiba-tiba sahaja dapat menangkap sesuatu yang ghaib dan berkaitan dengan
ketuhanan. Pengalaman hati tersebut
mencetuskan daya tafakur. Hasil dari tafakur dapatlah dia memahami tentang
Tuhan. Pengetahuan tentang ketuhanan itu membuatnya merasakan hampir
dengan Tuhan. Murid pada peringkat ini dapat melihat kelebihan tauhid yang
Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Ini menunjukkan dia masih berdalilkan
pengalaman kerohaniannya secara tidak sedar bagi mendapat penjelasan tentang
tauhid.
Berbeza keadaannya
daripada orang ‘arifbillah yang tidak lagi melihat kepada tauhid kerana dia
sendiri telah fana di dalam tauhid. Orang arifbillah mencapai kefanaan yang
mutlak setelah melalui
Empat peringkat kematian - dipanggil
1) . mati tabii, 2). mati maknawi, 3). mati surri dan 4). mati hissi.
Mati cara ini
bukanlah kematian tubuh badan tetapi ia adalah pelenyapan segala sesuatu selain
Allah s.w.t secara berperingkat-peringkat dari alam kebatinan seseorang. Ia
diistilahkan sebagai mati kerana pengalaman demikian hanya berlaku setelah
rohani seseorang dapat melepasi kurungan duniawi dan masuk ke alam kebatinan
yang mendalam atau dikatakan dia terjun ke dalam dirinya sendiri.
Rohani manusia
bukanlah satu ruang seperti ruang-ruang yang ada di dunia. Rohani adalah Latifah Rabbaniah, perkara ghaib yang sangat seni
dan dinisbahkan kepada Allah s.w.t, hanya Allah s.w.t mengetahui hakikatnya.
Rohani boleh dihalusi kepada beberapa peringkat.
1.Peringkat pertama dinamakan Latifah Kalbu (hati) yang menjadi asas kepada semua Latifah-Latifah. Ia juga dinamakan tubuh batin.
2.Peringkat yang lebih mendalam dinamakan Latifah Roh yang dibahasakan sebagai roh haiwani iaitu nyawa yang menghidupkan tubuh badan.
3.Latifah Roh menjadi batin kepada Latifah Kalbu.
4.Batin kepada Latifah Roh pula dinamakan Latifah Sirr yang dibahasakan sebagai roh insani, yang membekalkan bakat kehidupan kepada roh haiwani dan seterusnya menghidupkan jasad.
5.Batin kepada Latifah Sir dinamakan Latifah Khafi dan
6.Batin yang paling dalam dinamakan Latifah Akhfa.
1A].
- (mati
tabii @ latifah KALBU notes by penyusun)
- tiada
yg berbuat sesuatu melainkan Allah SWT
Bila terbuka medan Latifah kalbu, hati
merasakan mati tabii. Kematian cara ini membuat fikiran tidak aktif.
Hati mendapat keasyikan tentang alam ghaib dan dalam keasyikan itu pendengaran
zahir tidak memberi kesan kepada hati dan fikiran. Dia tidak mendengar apa-apa
lagi kecuali suara hatinya yang menyebut Allah, Allah, Allah! Kemudian, tanpa
dipaksa-paksa lidahnya menyebut Allah, Allah, Allah!
Setiap kali dia menyebut Allah hatinya merasakan seolah-olah Allah menjawab seruannya itu. Pada peringkat ini kesedaran diri lenyap di dalam lakuan Allah s.w.t. Pemikiran, perasaan dan keinginan tidak berfungsi lagi. Semua perkara terhapus, yang ada nur iman dan tauhid.
Hatinya menghayati:
Setiap kali dia menyebut Allah hatinya merasakan seolah-olah Allah menjawab seruannya itu. Pada peringkat ini kesedaran diri lenyap di dalam lakuan Allah s.w.t. Pemikiran, perasaan dan keinginan tidak berfungsi lagi. Semua perkara terhapus, yang ada nur iman dan tauhid.
Hatinya menghayati:
TIADA YANG BERBUAT SESUATU MELAINKAN ALLAH S.W.T.
“Padahal Allah menjadikan kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” (Ayat 96 : Surah as-Saaffaat)
Dan tidaklah akan berkehendak, kecuali jika dikehendaki oleh Allah, (Ayat 29 : Surah at-Takwiir)
Orang yang memasuki alam kebatinan peringkat ini melihat pergerakan yang
terjadi pada dirinya berlaku tanpa dia merancang dan juga dia tidak mampu
menyekatnya dari berlaku. Keadaannya
sama seperti orang yang melihat dirinya di dalam mimpi. Dia tidak berkuasa
menyuruh atau melarang apa yang dirinya lakukan di dalam mimpi itu. Dia
seakan-akan melihat orang lain, bukan dirinya sendiri. Pengalaman yang seperti
di dalam mimpi itu dialami secara jaga oleh orang yang mencapai fana peringkat
pertama atau memasuki suasana mati tabii.
Oleh sebab dia melihat dengan jelas dan yakin akan perbuatan dirinya terjadi di
luar bidang kekuasaannya, maka perbuatan itu dinafikan keluar dari dirinya dan
diisbatkan kepada perbuatan Allah s.w.t. Dia menghayati bahawa Allah
s.w.t jualah yang melakukan segala perkara.
* *
* * *
* * *
* * *
1B].
- (mati
maknawi @ latifah RUUH notes by penyusun)
- tiada
yg hidup melainkan Allah SWT
Setelah melepasi
medan Latifah kalbu seseorang itu masuk kepada medan Latifah Roh dan jika diizinkan Allah s.w.t dia berpeluang mengalami
suasana mati maknawi. Dalam suasana mati maknawi, penglihatan mata
zahir dikuasai oleh penglihatan mata hati. Mata zahir tidak lagi tertarik
kepada alam benda. Dia seolah-olah melihat cermin yang ditembusi cahaya, maka
sifat-sifat alam benda tidak berbekas pada pandangannya ketika mata hatinya
memandang kepada sifat Allah s.w.t Yang Maha Sempurna dan Kekal. Kesedarannya
terhadap sifat dirinya hilang dan dia dikuasai oleh suasana sifat Allah s.w.t.
Penghayatan hatinya pada ketika ini adalah:
TIADA YANG HIDUP MELAINKAN ALLAH S.W.T.
Kefanaan pada
peringkat ini membuat seseorang melihat kepada keabadian. Dia tidak lagi
melihat kepada jasad yang akan binasa dan tidak juga kepada dunia yang bersifat
sementara. Dia dikuasai oleh suasana rohani yang tidak akan binasa kerana
rohani hidup menumpang Hayat Allah s.w.t.
* *
* * *
* * *
* * *
1C].
- (mati
surri @ latifah SIRR notes by penyusun)
- tiada
yg terpuji melainkan Allah SWT
Setelah melepasi
medan Latifah Roh dia masuk kepada medan Latifah
Sirr dan jika Allah s.w.t izinkan dia dapat merasakan suasana mati surri. Dalam
suasana mati surri, segala kewujudan yang sementara dan sifat kemanusiaan
terhapus dari alam kebatinannya. Dia masuk ke alam ghaib yang penuh dengan Nur
Ilahi. Nama Allah s.w.t berbekas pada hatinya dan dia menghayati
kenyataan:
TIADA YANG TERPUJI MELAINKAN ALLAH S.W.T.
Orang yang
mengalami kefanaan ini sudah terputus dari sifat-sifat kemanusiaan maka
lahirlah perwatakan yang ganjil dan aneh, tidak secucuk dengan tatasusila dan
adab masyarakat. Cara dia berpakaian, makan dan minum tidak seperti orang ramai
lagi. Percakapannya sukar dimengerti dan kadang-kadang menyinggung perasaan
orang lain. Mungkin juga terkeluar dari mulutnya ucapan yang pada zahirnya
bersalahan dengan syariat.
* *
* * *
* * *
* * *
1D].
- (mati
hissi @ latifah KHAFI notes by penyusun
)
- tiada
yg mawjud secara mutlaq melainkan Allah SWT
Setelah melepasi
Latifah Sirr seseorang itu masuk ke dalam medan Latifah Khafi dan jika diizinkan Allah s.w.t dia berpeluang memasuki
susana mati hisi. Dalam suasana ini apa juga yang mengisi alam ini
lenyap dari alam perasaannya Tidak ada lagi pemikiran, perasaan, bahasa, ruang,
masa, ukuran dan rupa bentuk. Dia mengalami suasana yang kosong, tiada isi,
tiada rupa, tiada bahasa dan tidak boleh diperkatakan apa-apa. Dia menghayati
suasana:
TIADA YANG MAUJUD SECARA MUTLAK
MELAINKAN ALLAH S.W.T.
Semua yang lain
dari Allah s.w.t binasa, Wujud Allah s.w.t yang tidak binasa. Keadaan
kerohanian pada peringkat ini adalah:
ZAT YANG KOSONG DARI MAKHLUK,
YANG MAUJUD HANYA ALLAH S.W.T.
YANG MAUJUD HANYA ALLAH S.W.T.
.
* *
* * *
* * *
* * *
Setelah melepasi suasana kematian dalam empat Latifah itu
seseorang itu masuk kepada batin yang paling dalam iaitu Latifah Akhfa. Dia sudah melepasi
suasana fana dan masuk kepada suasana baqabillah atau kekal bersama-sama Allah
s.w.t. Dia sentiasa bersama-sama Allah s.w.t baik ketika jaga mahu pun ketika
tidur. Segala gerak gerinya merupakan ibadat. Mata hatinya sentiasa memandang
kepada Allah s.w.t. Kesibukannya dengan apa jua urusan tidak melindungi
penglihatan hakiki mata hatinya. Tampak nyata baginya:
TIADA YANG BERKUASA MELAINKAN ALLAH S.W.T; TIADA YANG
BERKEHENDAK MELAINKAN APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH S.W.T; TIDAK ADA DAYA DAN
UPAYA MELAINKAN DAYA DAN UPAYA YANG DARI ALLAH S.W.T. SEGALA SESUATU DATANGNYA
DARI ALLAH S.W.T DAN KEMBALI KEPADA-NYA.
MATA HATINYA MELIHAT BAHAWA SEGALA KEWUJUDAN SELAIN ZAT
ALLAH S.W.T, SIFAT ALLAH S.W.T, PERBUATAN ALLAH S.W.T DAN ASMA’ ALLAH S.W.T
HANYALAH KEWUJUDAN YANG TIDAK BERHAKIKAT. INILAH MAKAM ARIFBILLAH,
IAITU ORANG YANG BENAR-BENAR MENGENAL ALLAH S.W.T.
.
.
No comments:
Post a Comment